Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Kebaikan dan Kelebihan Bawa Bekal Makanan Semasa Perjalanan

Membawa bekal makanan semasa perjalanan jauh banyak kelebihan dengan pelbagai juadah makanan,keseronokan makan bersama membuatkan hubungan kekeluargaan bertambah erat.                               Kebaikan dan kelebihan bawa bekal makanan semasa Perjalanan jauh:  Menjimatkan perbelanjaan untuk makanan. Memupuk sikap bekerjasama di antara ahli keluarga. Merapatkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti yang menyeronokkan seolah olah pergi berkelah. Itulah 4 kebaikan yang saya dapati daripada membawa bekal makanan ini. PENGALAMAN MEMBAWA BEKAL SEMASA PERJALANAN JAUH. Kira kira 4 tahun yang lalu (2011) keluarga kami bersama adik beradik ipar duai  mengiringi adik ipar  (Itah )ke Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) di Gong Badak Kuala Terengganu sempena  majlis konvokesyennya. Untuk ke sana sudah tentu banyak juga kos kos yang perlu disediakan. Antaranya sudah tentu kos minyak ,penginapan, tol hinggalah ke makanan perlu diperuntukkan untuk per

Enaknya durian Batu Kurau

                                                                    Walaupun sudah seminggu berlalu namun 'mood raya, masih tetap ada.  Kebetulan pula kali ini adalah hari raya kali pertama Yana bekerja waktu pejabat berbanding sebelum ini.Itu membuatkan perasaan beraya kali ini berkobar kobar. Saya pulang ke Sekinchan pada hari raya pertama dan kedua. Seterusnya ke kampung nenek di Batu Kurau dan pulang semula ke rumah mertua di Felda Besout Sungkai Perak.  Apabila mengimbau kenangan hari raya sudah semestinya makanan di hari raya terngiang ngiang di fikiran kita semua. Sudah semestinya juadah utama semasa hari raya ialah rendang, lemang dan ketupat. Namun ramai juga tuan rumah yang menyediakan masakan masakan lain seperti nasi minyak,soto,bihun sup laksa mee kuah dan sebagainya Inilah sebahagian foto memori makanan semasa singgah makan dan ziarah di rumah saudara mara, Durian Batu Kurau menjadi santapan utama di rumah sedara D

Kuih Cucur Jawa Mak Mertua

Cucur Jawa pernah dengar tak?. Saya baru tahu ada kuih  yang macam ini. Satu pagi tu saya ternampak mak mertua  masak di dapur.  Bila dirasa ada sedikit  persamaan  dengan  kuih peneram.  Ibu saya beritahu nak buat kuih ini agak leceh.Adunan perlu dibancuh terlebih dahulu dan disimpan dalam beberapa jam sebelum digoreng.  Teknik menggoreng kuih ini juga perlu betul dan hanya menggunakan kuali kecil yang cukup cukup muat untuk sebiji kuih cucur jawa ini. Saya mencuba juga untuk membuatnya tetapi tidak berapa menjadi. 

Rendang Daging Mudah dan Sedap

Saban tahun menjelang hari raya,   rendang daging adalah antara masakan yang wajib dalam keluarga kami.Resepi masakan rendang daging mudah sahaja.  Rendang Daging Mudah dan Sedap Bahan bahan 1 kilogram daging dihiris nipis  20 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 3 cm halia 3 cm lengkuas 5 batang serai 3cm Kunyit hidup  (Bahan bahan diatas dikisar terlebih dahulu) Kerisik (2 peket kecil) Pati Santan kelapa (250 gram) 3 helai daun kunyit Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan keluar bau. Masukkan 250 ml air.  2. Masukkan daging dan gaul  3. Masukkan santan sehingga daging empuk 4. Masukkan kerisik  5. Masukkan gula dan garam dan daun kunyit yang telah dihiris nipis 5. Masak sehingga rendang kering atau mengikut kesukaan masing masing. 6. Angkat bila rendang sudah pekat atau kering. 

Resepi Udang Sambal Petai

Sambal Udang Petai  Udang sambal petai sememangnya menjadi menu kegemaran saya dan isteri.  Dengan rasa manis pedas dan rasa petai memang sangat menyelerakan.Kami menikmati sambal udang petai ini sewaktu berbuka puasa.  Resepi Udang Sambal Petai Bahan Bahan Masakan Udang 1/2 kilogram Petai 2 Papan Cabai Kering 20 helai (diblend) Bawang Merah kecil 5 biji (diblend) Bawang Putih 5 Ulas (diblend) Belacan  sepotong kecil (diblend) Bawang Besar  sebiji (dihiris) Gula dan garam Minyak 4 sudu besar Langkah Langkah Memasak  1. Tumis hirisan bawang besar masak hingga layu 2. Masukkan cili kering dan bahan bahan  yang telah diblend 3. Masak cili kering bersama gula putih 1 sudu kecil hingga pecah minyak. 4. Masukkan udang 5. Masukkan petai dan perasa masakan 6. Angkat hidangan setelah masak. Apa yang penting sewaktu memasak masakan berasaskan sambal ialah cili yang kita tumis hendaklah ditumis hingga betul betul masak. Kalau cara saya, saya memasak sambal

Nasi pulut sambal ikan bilis

Sarapan nasi pulut ikan belanak masin bersama sambal ikan bilis memang mengancam. Sarapan ini memang favourite saya sejak dulu lagi semasa duduk di kampung. Sekali sekala teringat saya akan memasak pulut bersama sambal ikan bilis tu. 

Singgah makan di warung mentarang bakar Sekinchan

Akhirnya hasrat hati mahu merasai keenakan mentarang bakar tercapai semasa pulang ke kampung cuti sekolah bulan Jun lepas. Walaupun Sekinchan adalah kampung halaman saya tetapi sebenarnya itulah kali pertama saya merasa mentarang bakar. Kami singgah di salah satu warung menjual mentarang  yang terdapat di pinggir jalan di antara Sekinchan ke Sungai Besar. Layanan yang diberi  oleh tuan punya warung sangat baik. Berkali kali dia meminta maaf kerana kelewatan menyiapkan mentarang bakar tersebut. Selain daripada menu mentarang bakar di kedai tersebut juga ada menyediakan menu menu lain seperti mentarang goreng tepung, mee goreng, nasi goreng mentarang . Selain memesan mentarang bakar kami juga memesan Mee  goreng dan mentarang celup tepung Harga mentarang goreng tepung dan mentarang bakar ini dikira  berdasarkan  harga sekilo iaitu RM18.00.  Harga mentarang goreng tepung dan mentarang bakar ini dikira berdasarkan harga sekilo iaitu RM18.00. Jadi jang

Resepi Sup Tulang ala Kedai Tomyam

Semalam saya telah menyiapkan hidangan sup tulang untuk hidangan berbuka puasa keluarga. Resepi ini adalah resepi daripada internet dan diolah semula dengan cara saya. Langkah pertama sebelum memasak saya rebus dahulu tulang tersebut sehingga empuk anggaran satu ke dua jam. Kalau ada periuk tekanan (pressure cooker) lagi cepat.   Bila dah empuk ketepikan. Gunakan periuk lain. Rebusan tadi untuk dibuat kuah dan stok masakan ini. Penyediaan bahan masakan  resepi sup tulang ala kedai tomyam . Bahan Tumis 1 labu bawang besar (dihiris) 1 btg kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 ulas bawang putih (diketuk) Bahan Bahan Lain 1inci halia diketuk 1 inci lengkuas (diketuk) 1 btg saderi (dipotong) 1 sudu kecil asam jawa 5 -6 biji cili padi (diketuk) 1 paket kiub daging sapi (masako) 3 sudu kecil serbuk sup adabi Bawang goreng Daun sup Langkah Memasak ·         Tumiskan bahan tumis hingga bawang layu ·         Masukkan 5-6 senduk air