Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah (1 Ekor Ayam) Dengan izin Allah hujung tahun yang lepas saya telah mencari cari resepi di internet cara untuk memasak ayam masak merah . Setelah membuat beberapa kali saya temui resepi saya sendiri yang sesuai pada tekak saya.  Yana ada membawa resepi ini ke tempat kerjanya dan beberapa orang kawannya memuji keenakan ayam masak merah yang saya buat. Baru baru ini kawan Yana yang mengandung mengidam untuk makan ayam masak merah yang saya buat. Pada masa itu saya rasa agak kembang hidung juga lah kerana saya ini bukanlah tukang masak yang profesional hanya tukang masak belasah belasah je. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat resepi ayam masak merah yang saya ubahsuai sedikit dari resepi dari internet. Bahan Bahan  1 ekor ayam 2 Kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis 2 sudu besar sos cili 250 gram santan pekat (ambil separuh sahaja) 250ml air (agak agak sederhana pekat dan tidak terlalu cair) 1/2 ketul gula melaka Bahan dikisar