Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Chinese Food: Pak Ya Muslim Chinese Food Ampang

Visual dari dalam kedai Pak Ya Chinese Food Pandan Indah  Saya dan Yana sebenarnya belum pernah menikmati masakan cina muslim. Dah lama saya berangan angan untuk menikmati masakan cina ini.  Akhirnya  hasrat itu tertunai. Berdasarkan pencarian di google  sebuah kedai makan Cina Muslim yang diberi nama Pak Ya Chinese Food menjadi sasaran hari itu.  Pak Ya Chinese Food terletak di  Pandan Indah Ampang Selangor. Simpang masuk ke kedai ini bertentangan dengan  Kompleks Membeli Belah Ampang One Avenue . Dari jalan masuk ini ke kedai tersebut saya anggarkan tidak sampai 1 km. Ia terletak di bahu jalan sahaja berdekatan dengan pusat perniagaan di situ. Semasa mahu memesan masakan di kedai  itu saya dan Yana sebenarnya tidak tahu  untuk memilih . Nama masakan pun kami tak pernah dengar.  Akhirnya saya  bertanya dengan pelayan untuk bertanya masakan masakan tu. Akhirnya saya meminta pelayan mencadangkan makanan yang popular di kalangan pelang