Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Kueytoew Kungfu sedap di Ipoh

Semasa Yana mengidam anak sulung kami iaitu Darwisy dia banyak mengidam nak makan. Kisah mengidam yang paling aku ingat adalah kenangan ke Ipoh dari Kuala Lumpur semata mata nak makan Kueyteow Kungfu yang dikatanya sedap dan biasa makan semasa belajar di kolej jururawat dulu.  Ipoh menggamit kedatangan kami untuk makan Kueyteow Kungfu  Setelah 2 jam lebih memandu akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang dituju. Restoran ini terletak di bahagian belakang Kolej Jururawat Ipoh.  Nama kedai seperti yang tertera di dalam gambar. Restoran Dee Jay Arr. Restoran ni berada di lot paling tepi.  Setelah menunggu dalam beberapa minit akhirnya pesanan pun tiba. Pada mulanya hanya 1 pinggan sahaja Yana pesan sebab aku tak teringin pun nak makan. Kemudian selepas aku merasa beberapa suap aku pulak tambah 1 pinggan lagi.  Tengok sekarang ni orang yang tak mengidam pulak yang terover over kan?. Sebabnya memang sedap la masakan dia masak ni. Pesanan Yana dan aku sa

Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kari Mudah

Ikan tongkol atau di pantai timur memanggilnya ikan aye adalah ikan yang mempunyai isi yang padat dan keras. Biasanya ikan ini dimasak gulai kari , Masak lemak kuning, Masak  sambal pedas, Masak Singgang atau digoreng sahaja.  Ikan tongkol masak kari adalah antara masakan kegemaran saya. Resepi masakan gulai ikan tongkol ini sangat mudah. Jom kita lihat bagaimana cara memasak masakan ini.  Bahan Bahan Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kari 1.  Ikan tongkol  yang telah dipotong kepada 4 bahagian 2. 1 peket kecil santan (250gm) 3. 3 sudu rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan air masak. 4.  Lengkuas 5.  Asam Keping 6.  Gula, garam dan ainamoto secukup rasa Cara Cara Masakan  Rebus ikan tongkol dalam periuk berasingan bersama beberapa keping asam keping.Kemudian toskan ikan tersebut. Tumis sebiji bawang besar,dan 4 ulas bawang putih dan 1/2 biji tomato yang di potong halus sehingga layu. Tumis bancuhan kari dan letakkan 4-5 helai daun kari  sehingga pecah miny

Cara Cara Mudah buat Pekasam

Cara Cara Mudah Buat Ikan Pekasam  Ikan Pekasam adalah hidangan lauk yang sedap dan menyelerakan. Ia sangat popular terutamanya di bahagian utara negara kita.  Bagi yang minat makan ikan pekasam , sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tidak lah rumit dan susah. Sebenarnya cara membuatnya senang sahaja.  Bahan Bahan 1.  Ikan.  Biasanya orang buat pekasam menggunakan ikan sungai dan ikan sawah.Kalau nak buat menggunakan ikan laut pun boleh. Sebelum nak membuat ikan pekasam pastikan ikan telah dibersihkan dengan sebersih bersihnya.   Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat.  2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh) Sukatan garam ini biasa orang buat, sekilo ikan bersamaan seratus gram garam. 3. Beras.  Beras ni disanga terlebih dahulu  (goreng tanpa guna minyak). Dah siap disanga tumbuk beras sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan itu nanti.   4. Asam keping.  Ada jugak or

Resepi Rendang Tok Perak

Keenakan Rendang Tok Perak memang tidak dapat dinafikan terutama dinikmati bersama ketupat nasi dan lemang semasa Hari Raya. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya percubaan saya agak berjaya. Apatah lagi menu ini saya pernah masak semasa sambutan rumah terbuka dan mendapat pujian dari kawan kawan.   Rendang Tok  Resepi Rendang Tok 1 kilo daging batang pinang Bahan Bahan Kisar  1 camca jintan manis 1 camca jintan putih Biji Ketumbar 1 sudu kecil Buah Keras 2 biji Halia sebesar ibu jari Bawang Merah kecil 6 biji Bawang putih 4 ulas lengkuas  sebesar ibu jari Cili Kering (10 helai) Lada Hitam (1 sudu kecil) Serai 6-8 ulas Bahan Tumis Kulit kayu manis (2 batang) bunga lawang Bahan Bahan Lain Gula Merah 3 sudu Gula Melaka separuh dari sebatang kerisik 2 peket kecil Garam secukup rasa Cara Memasak 1. Kisar bahan bahan kisar tadi 2. Gaul bahan bahan kisar dengan 1 kilo daging    dan perap (1 malam lagi baik) 3. Tumis bahan bahan kisar tadi  bersam