Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Resepi Pajeri Terung

Hari ini isteri saya berhasrat memasak Pajeri Terung. Menggunakan resepi internet sahaja.   Bahan-Bahan: 1 biji terung panjang saiz sederhana  2 sudu besar minyak 1 cawan dari 1 paket santan pekat kecil  3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air suam bersama gula) 2 sudu besar kerisik Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga) Bahan untuk dikisar halus: 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 cm halia 1 sudu besar udang kering Cara Memasak  Potong terung belah dua  memanjang kemudian potong bahagi 2 Panaskan minyak di dalam dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari tadi sehingga pecah minyak.  Masukkan terung, kacau beberapa ketika. Masukkan santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan rasa gula secukup rasa. Masakan pajeri ini agak manis jadi lebihkan sedikit gula yer.. 

Masak Pizza guna Pemanggang ajaib

pemanggang ajaib Gourmet Akhirnya hasrat isteri saya mahu membeli pemanggang ajaib tercapai juga. Pemanggang ajaib ini jenama Gourmet yang dibeli di Pasaraya  Aeon Mall Wangsa Maju pada harga promosi iaitu  RM99.90 Setibanya di rumah kami terus menggunakan pemanggang ajaib ini.Lihat lah hasilnya pizza segera telah berjaya dimasak menggunakan pemanggang ajaib ini.