Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Jom makan Lipan yang enak di makan

Ini ialah sebahagian koleksi makanan yang pernah aku rasa semasa di pedalaman Sarawak. Nama tempat ini ialah Kampung Penibong terletak di daerah Daro. Masyarakat di sini 100 peratus  Islam dan berbangsa Melanau. Ada satu spesis hidupan di sini yang biasa menjadi makanan penduduknya. Jika di tengok paras rupanya sekali imbas tak ubah macam lipan. Kalau tak percaya cuba try test tengok gambar kat bawah ni. Ada tak macam lipan?.Macam sama kan?. Memang spesis ni macam lipan.Cuba tengok gambar yang lain pulak. Ini ialah hasil kutipan yang dari hasil pencarian beberapa orang budak budak sekolah di kampung Penibong. Budak budak ini mencari  Mang yang di beri namanya,  di dalam busut busut . Busut ini ialah sarang mang yang berada di kawasan yang di naiki air laut semasa air pasang. Selepas budak budak ni mendapat beberapa ekor mang ,  kami pun membawa pulang ke rumah untuk di makan. Aku pun pelik juga dengan rupa parasnya , bila kawan aku ustaz Hadi kata boleh di makan.  Apa yang ka

Mentarang hanya ada di Sekinchan je ke?

Mentarang hanya ada di Sekinchan je ke?  Kalau korang tak tahu apa itu mentarang, atau tak pernah mendengarnya sebelum ini, aku nak bagitahu mentarang ni adalah spesis makanan laut kerang kerangan. Ia bersepupu dengan kerang, remis, lala dan berjiran dan sehabitat dengan spesis akuatik laut yang lain. Dia tinggal di dalam lumpur di dalam tanah.  Bila aku balik Sekinchan, di sepanjang jalan arah ke Sungai Besar  memang banyak gerai  menjual mentarang di tepi jalan.  Ironisnya,  mentarang ini bukanlah didapati di pantai sekinchan tetapi kebanyakan mentarang diambil dari nelayan di Bagan Datoh Perak.  Ini ialah mentarang yang sudah dikopek kulitnya. Kadang kadang tengok sekali imbas macam sesiur yang dikupas pun ada. Macam la aku pernah kupas kulit sesiur tu. haha. Sebelum di kopek mentarang tu  beginilah paras wajahnya. Kalau korang nak tahu, harga diorang jual di tepi jalan tu sekitar RM 8 sekilo . Sama taraf harga dengan harga ikan kembung besar di s

Singgah Makan lah..

Dalam blog singgahmakan ini , aku cuba nak bercerita tentang kehidupan makan aku supaya ia menjadi memori terindah. Blog ini hanya bercerita tentang tempat makan,resepi makanan ,cara memasak makanan mengikut cara aku adan juga setiap  perjalanan atau percutian aku kemana mana akan  menjadi topik utama penceritaan aku  dalam blog ini.