Skip to main content

Posts

Buat Seri Kaya Homemade

Buat seri kaya homemade senang tak payah beli dah. Lepas tu boleh adjust nak manis ke nak manis yang seadanya. Aku nak share la cara nak buatnya.Tak adalah susah mana.Senang sangat. Ok bahan bahannya aku ada tulis kat bawah. Bahan bahan nak buat Seri Kaya Homemade Gula 1 cawan (nak buat gula karamel) Air panas 1 cawan. Langkah 1 Masak atas api sampai keperangan tutup api. Masukkan 1 cawan air panas.Buka api semula Masak sebati dan  cair elok.tutup api.L Langkah 2. Blend 3 biji telur bersama 1 cawan gula pasir bubuh  sesudu kecil vanila essen dan sedikit garam untuk bagi rasa lemak. Langkah 3 Bancuh 200ml santan kotak bersama 3 sudu besar tepung jagung. Campur kesemua bahan di atas dan masak dengan api perlahan.. #resepiYAW
Recent posts

Resepi Gulai Sembilang Salai

Sembilang salai ni dibeli dari Kuala Pilah.Suami kawan sekerja isteri yang tolong belikan sebab berulang ke Kuala Pilah.  Dah berkali dah masak ,masak lemak sudah,masak berlada pun sudah kali ini saya try buat masak lemak tanpa guna rempah segera. Saya mix rempah rempah untuk jadikan rempah citarasa sendiri.Hasilnya dan dan rasanya not bad. Bahan Masakan Bahan Kisar Serbuk  Ketumbar (1 sudu besar) Serbuk Jintan manis (1 sudu teh) Serbuk jintan putih (1 sudu teh) Serbuk Garam Masala (1 sudu teh) Halia Muda (1 inci) Kunyit hidup(1 biji kecil) 1 sudu teh kunyit serbuk Serbuk cili (1 sudu kecil) Bawang Besar sederhana (sebiji) Bawang putih (2 ulas) Ikan Sembilang Salai (4 ekor) Santan Kotak Kecil Garam ,gula melaka secukup rasa  asam keping (1 keping) Buah tomato (sebiji di belah 4) Kacang Bendi (5-6 biji) Lengkuas (dititik) Langkah Memasak Kisar semua bahan kisar Tumis bahan kisar dengan 4 sudu minyak hingga pecah minyak Masukkan lengkuas Masukkan ikan salai  Masukkan santan Matikan api.

Carbonara Resepi Homemade Sos Putih

Pasta Fetucini atau Penne dan lain pasta anggaran 4 orang makan. Rebus dengan sedikit garam dan beberapa titis minyak(untuk elak melekat) Bawang putih,halia,bawang holland (sedikit dan racik halus) Tepung gandum (3 sudu makan) Fresh Milk (1-2 Cawan) Sedikit air masak jika bahan terlalu pekat. Garam,gula perang Meat ball Cheddar Chesse Slice (1 slice cukup) Herbs Mix https://youtu.be/-8mXV5m3AmI

Rahsia Cara buat Rempah Kari Terbongkar

Asalamualaikum saya dapat satu resepi di Youtube Channel India tentang cara nak buat rempah kari homemade. Saya catatkan dalam blog ini sebagai rujukan sendiri.Sebenarnya tak cuba buat lagi.Hihi. Biji Ketumbar (2 Sudu Makan) Jintan Putih (2 sudu makan) Jintan Manis (1 sudu teh) Biji Sawi (1 sudu makan) Lada Hitam (1/2 sudu makan) Rempah Kunyit(1-2 sudu makan) Cili Kering  (2 helai cili kering) Daun Kari Kering(1 sudu makan) Langkah Langkah Sanga atas api semua bahan di atas sehingga naik bau (kecuali serbuk kunyit/ daun kari). Blend bahan bahan disanga dengan blender. Gaulkan semua bahan yang telah diblend bersama serbuk kunyit.

Resepi Pasta Penne Carbonara Creamy

Salam ramadan semua, hari ni masak pasta  Penne Carbonara sebagai juadah berbuka anak anak.  Resepi kali ini saya tidak menggunakan sos putih segera yang dibeli tapi hasilkan sos putih homemade sahaja. (Resepi Untuk 3 orang makan) Penny 1 mangkuk besar  rebus terlebih dahulu  Letak sedikit garam dan minyak Bahan Tepung gandum (5 sudu makan) Butter sebesar (3 jari) Bawang putih (1 ulas) Kiub ayam (separuh) Daun beay leaf (sehelai) Lobak Merah Herba English (mix) Cheddar Cheese (sekeping) Secawan air  Garam secukup rasa Meat ball (5-10 biji) Cara Memasak Panaskan butter masukkan bawang putih  masukkan tepung gandum gaul gaul rata Masukkan air  Masukkan daun beay leaf Masukkan Lobak merah masukkan kiub ayam,meat ball dan dan masak hingga cukup masak (anggaran 2-3 minit) Masukkan penny yang telah direbus dan disejukkan. Gaul rata dan masukkan Cheese Cheddar Tutup api.

Resepi Kuah Pecal yang Mudah

Sambal pecal masakan yang sangat disukai arwah mak saya.Sangat kerap arwah buat sambal pecal dan saya lah yang akan tukang tumbuk di lesung batu. Mak lebih suka menggunakan lesung batu berbanding blender. Bulan puasa tahun ini tiba tiba teringat nak buat pecal. Pecal ini bahan asasnya adalah kacang dan ada yang kata kacang ni makanan berangin. Malah tak elok untuk pesakit Gout. Saya pedulikan sebab teringat nak makan.Haha Bahan bahan Kuah Pecal (5 orang makan) Bahan A Kacang Tanah 1 mangkuk kecil Cili Kering 10 helai Halia 1 inci Bawang Besar (1 labu) Cekur (1 helai) Asam Jawa (1 sudu kecil) Gula (3 sudu) Garam secukup rasa Langkah Langkah Memasak Sanga bahan bahan A Tumbuk atau kisar hingga halus bahan A Masukkan gula,garam Masukan asam jawa Masukkan air panas sedikit demi sedikit (jangan terlalu cair atau terlalu pekat) Bahan bahan sayur Tauge Kacang panjang Tempe/tauhu yang digoreng timun dan lain lain sayur y

Resepi Sambal Sotong yang mudah dimasak

Sambal Sotong siap sedia untuk dimakan Resepi Sambal Sotong sangat mudah untuk dimasak. Sambal sotong yang sedap bagi saya ialah sambal yang pekat dan manis dan sedikit pedas.  Bahan Bahan Masakan Sambal Sotong Cili Kering-15 tangkai Bawang Besar- 1 labu Asam Keping- 1 keping atau 1 sudu kecil asam jawa Bahan Bahan Perasa (garam,gula ajinamoto) Langkah Memasak Blend Cili kering yang telah dibuang biji bersama 1 labu bawang besar. Hiriskan bawang besar kemudian tumis dengan minyak. Semasa menumis masukkan 1 sudu besar gula, masak sehingga cili betul betul masak. Untuk memastikan cili masak sepenuhnya warna cili agak pekat Masukkan sotong Masak sotong 5-10 minit dengan api yang kecil.  Masukkan garam dan perisa tambahan Semasa memasak sotong sambal tak perlu letakkan air lagi kerana sotong mengeluarkan air sendiri.