Skip to main content

Resepi Gulai Sembilang Salai

Sembilang salai ni dibeli dari Kuala Pilah.Suami kawan sekerja isteri yang tolong belikan sebab berulang ke Kuala Pilah. 
Dah berkali dah masak ,masak lemak sudah,masak berlada pun sudah kali ini saya try buat masak lemak tanpa guna rempah segera.

Saya mix rempah rempah untuk jadikan rempah citarasa sendiri.Hasilnya dan dan rasanya not bad.
resepi gulai

Bahan Masakan

Bahan Kisar

Serbuk  Ketumbar (1 sudu besar)
Serbuk Jintan manis (1 sudu teh)
Serbuk jintan putih (1 sudu teh)
Serbuk Garam Masala (1 sudu teh)
Halia Muda (1 inci)
Kunyit hidup(1 biji kecil)
1 sudu teh kunyit serbuk
Serbuk cili (1 sudu kecil)
Bawang Besar sederhana (sebiji)
Bawang putih (2 ulas)


Ikan Sembilang Salai (4 ekor)
Santan Kotak Kecil
Garam ,gula melaka secukup rasa
 asam keping (1 keping)
Buah tomato (sebiji di belah 4)
Kacang Bendi (5-6 biji)
Lengkuas (dititik)

Langkah Memasak
Kisar semua bahan kisar
Tumis bahan kisar dengan 4 sudu minyak hingga pecah minyak
Masukkan lengkuas
Masukkan ikan salai 
Masukkan santan
Matikan api.

Popular posts from this blog

Cara Cara Mudah buat Pekasam

Cara Cara Mudah Buat Ikan Pekasam  Ikan Pekasam adalah hidangan lauk yang sedap dan menyelerakan. Ia sangat popular terutamanya di bahagian utara negara kita.  Bagi yang minat makan ikan pekasam , sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tidak lah rumit dan susah. Sebenarnya cara membuatnya senang sahaja.  Bahan Bahan 1.  Ikan.  Biasanya orang buat pekasam menggunakan ikan sungai dan ikan sawah.Kalau nak buat menggunakan ikan laut pun boleh. Sebelum nak membuat ikan pekasam pastikan ikan telah dibersihkan dengan sebersih bersihnya.   Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat.  2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh) Sukatan garam ini biasa orang buat, sekilo ikan bersamaan seratus gram garam. 3. Beras.  Beras ni disanga terlebih dahulu  (goreng tanpa guna minyak). Dah siap disanga tumbuk beras sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan ...

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah (1 Ekor Ayam) Dengan izin Allah hujung tahun yang lepas saya telah mencari cari resepi di internet cara untuk memasak ayam masak merah . Setelah membuat beberapa kali saya temui resepi saya sendiri yang sesuai pada tekak saya.  Yana ada membawa resepi ini ke tempat kerjanya dan beberapa orang kawannya memuji keenakan ayam masak merah yang saya buat. Baru baru ini kawan Yana yang mengandung mengidam untuk makan ayam masak merah yang saya buat. Pada masa itu saya rasa agak kembang hidung juga lah kerana saya ini bukanlah tukang masak yang profesional hanya tukang masak belasah belasah je. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat resepi ayam masak merah yang saya ubahsuai sedikit dari resepi dari internet. Bahan Bahan  1 ekor ayam 2 Kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis 2 sudu besar sos cili 250 gram santan pekat (ambil separuh sahaja) 250ml air (agak agak sederhana pekat dan tidak terlalu cair) 1/2 ketul gula melaka Baha...

Tempat Makan Best di Port Dickson: Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Saya berpeluang ke salah satu tempat makan yang dikatakan best dan popular di Port Dickson. Kedai makan ini kelihatan sentiasa mempunyai pelanggan samada siang atau malam. Kedai ini dibuka seawal jam 12.00 tengahari. Hidangan utama mereka ialah Nasi Kukus Ayam Panggang. Ayam Panggang yang menjadi menu utama di sini.  Bergambar selepas menu tiba. Salah satu pandangan hadapan Kedai Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Tempat makan yang popular yang di maksudkan adalah Cowboy Place. Kedai ini terletak di bahu jalan. Ia berada berdekatan dengan Marina Resort Port Dickson.  Selain menu utama yang saya sebut itu ,pelanggan juga boleh memesan pelbagai makanan panas ala carte.  Penilaian Saya tentang Nasi Kukus Ayam Bakar Cowboy Places.  Rasa Masakan: **** Layanan. : *** Harga : **** RM 6/Set (1/4 ayam)  Tempat : ***  Booking.com Harga nasi kukus ayam bakar yang dijual di sini amat berpàtutan dengan saiz hidangan....