Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Singgah makan tengahari di Bangi

Dwarung Bawal Bandar Baru Bangi memang ramai pengunjungnya sewaktu saya singgah ke sini. Warung ini terletak di hadapan Petron dan Shell Seksyen 9 Sungai Ramal Luar Bandar Baru Bangi. Kenderaan yang banyak diletakkan di tepi jalan utama menimbulkan perasaan ingin singgahmakan saya dan isteri.  Kebetulan pula kami sedang lapar kerana belum sempat makan tengahari walaupun ketika itu jam menunjukkan jam 2 petang. Makan tengahari di warung ini ringkas sahaja. Kita boleh memilih samada mahu memesan set ikan keli , set talapia, set bawal atau set ayam goreng. Set ini mengandungi ulam ulaman bersama sambal belacan dan kuah kari.  Rasa masakannya bagi saya biasa sahaja namun lauk yang digoreng panas panas selepas pesanan dibuat memang menyelerakan.Itulah kadang kadang kita hanya memerlukan lauk lauk yang ringkas sahaja untuk membangkitkan selera. Info Ringkas: Harga Set tidak termasuk air : RM 6.50 Seksyen 9 Sungai Ramal Luar (hadapan petron dan Shell/ bersebelah

Asam Rebus Jenahak

Bahan bahan Masakan  1 potong ikan jenahak-perap sekejap dengan asam jawa. 1/2 biji tomato dibelah dua 1 tangkai cili merah 3-4 tangkai cili padi 1.5 cm kunyit hidup 3 ulas bawang putih Air secukupnya Langkah Langkah Mudah  1.Tumbuk bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat. 2.Masukkan air secukupnya.Biarkan sebati. 3.Setelah  mendidih masukkan ikan hingga masak. 4 Selepas itu masukkan buah tomato yang telah dipotong. Perasakan dengan perasa garam gula dan sedikit ajinamoto.Biarkan seketika dan angkat .

Resepi Bawal Masak Sambal

Bahan Masakan  Cili Kering (10-15 tangkai)dikisar Bawang Besar (1 biji) dihiris Bawang Putih (1 ulas) dititik 1 inci halia (dititik) 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos tomato 3-4 biji cili padi hijau (dititik) Langkah Mudah  Panaskan 2-3 sudu minyak masak Tumis bawang besar hingga layu Masukkan Cili yang telah dikisar -tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana Masukkan 1sudu gula (atau secukup rasa) Masukkan sos tomato dan sos tiram Masukkn bawang besar yang telah dihiris. Masukkan garam secukup rasa Sedia diangkat.

Bakar ikan guna pemanggang ajaib

Hari ini sempena cuti Maulidur Rasul rajin pula saya nak memanggang ikan.Memandangkan tak ada ruang nak memanggang saya cuma gunakan pemanggang ajaib sahaja. Simple dan senang tetapi tetap menyelerakan.

Tempat Makan Tengahari di Keramat Kuala Lumpur

Terletak di jalan AU3/14 kedai makan ini adalah salah satu tempat makan tengahari kegemaran saya di Keramat. Pelbagai menu makanan tengahari yang disediakan bercitarasakan selera  thai. Selain menu nasi campur, terdapat juga hidangan nasi ayam dan mee/bihun dan kueyteow celup yang boleh dipesan di sini. Kedai dibuka anggaran jam 10 pagi dan di tutup hingga tengah malam.

Tempat Makan Best di Port Dickson: Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Saya berpeluang ke salah satu tempat makan yang dikatakan best dan popular di Port Dickson. Kedai makan ini kelihatan sentiasa mempunyai pelanggan samada siang atau malam. Kedai ini dibuka seawal jam 12.00 tengahari. Hidangan utama mereka ialah Nasi Kukus Ayam Panggang. Ayam Panggang yang menjadi menu utama di sini.  Bergambar selepas menu tiba. Salah satu pandangan hadapan Kedai Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Tempat makan yang popular yang di maksudkan adalah Cowboy Place. Kedai ini terletak di bahu jalan. Ia berada berdekatan dengan Marina Resort Port Dickson.  Selain menu utama yang saya sebut itu ,pelanggan juga boleh memesan pelbagai makanan panas ala carte.  Penilaian Saya tentang Nasi Kukus Ayam Bakar Cowboy Places.  Rasa Masakan: **** Layanan. : *** Harga : **** RM 6/Set (1/4 ayam)  Tempat : ***  Booking.com Harga nasi kukus ayam bakar yang dijual di sini amat berpàtutan dengan saiz hidangan.Cuma kuantiti nasi kukus yang