Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Resepi Sambal Sotong yang mudah dimasak

Sambal Sotong siap sedia untuk dimakan Resepi Sambal Sotong sangat mudah untuk dimasak. Sambal sotong yang sedap bagi saya ialah sambal yang pekat dan manis dan sedikit pedas.  Bahan Bahan Masakan Sambal Sotong Cili Kering-15 tangkai Bawang Besar- 1 labu Asam Keping- 1 keping atau 1 sudu kecil asam jawa Bahan Bahan Perasa (garam,gula ajinamoto) Langkah Memasak Blend Cili kering yang telah dibuang biji bersama 1 labu bawang besar. Hiriskan bawang besar kemudian tumis dengan minyak. Semasa menumis masukkan 1 sudu besar gula, masak sehingga cili betul betul masak. Untuk memastikan cili masak sepenuhnya warna cili agak pekat Masukkan sotong Masak sotong 5-10 minit dengan api yang kecil.  Masukkan garam dan perisa tambahan Semasa memasak sotong sambal tak perlu letakkan air lagi kerana sotong mengeluarkan air sendiri.

Singgah Makan di The Garage KL

S inggah makan kali ini nak berkongsi satu  tempat menarik  yang berkonsepkan hipster. Cafe yang diberi nama Gaffe&Co Cafe di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran.  Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana ia ia terletak di pinggir jalan MRR2 menghala ke arah Ampang.  Dekorasi atau hiasan dalaman  di cafe ini cantik dan unik. Cafe yang dibina berasaskan beberapa buah badan kontena ini sarat dengan banyak sudut yang menarik untuk dilihat.  Untuk pengunjung muslim kemudahan surau turut disediakan.  Pada waktu malam  ada persembahan live band diadakan di kafe ini.