Skip to main content

Resepi Sambal Sotong yang mudah dimasak


resepi-sambal-sotong
Sambal Sotong siap sedia untuk dimakan

Resepi Sambal Sotong sangat mudah untuk dimasak. Sambal sotong yang sedap bagi saya ialah sambal yang pekat dan manis dan sedikit pedas. 

Bahan Bahan Masakan Sambal Sotong

Cili Kering-15 tangkai
Bawang Besar- 1 labu
Asam Keping- 1 keping atau 1 sudu kecil asam jawa
Bahan Bahan Perasa (garam,gula ajinamoto)


Langkah Memasak

Blend Cili kering yang telah dibuang biji bersama 1 labu bawang besar.
Hiriskan bawang besar kemudian tumis dengan minyak.
Semasa menumis masukkan 1 sudu besar gula, masak sehingga cili betul betul masak.
Untuk memastikan cili masak sepenuhnya warna cili agak pekat
Masukkan sotong
Masak sotong 5-10 minit dengan api yang kecil. 
Masukkan garam dan perisa tambahan
Semasa memasak sotong sambal tak perlu letakkan air lagi kerana sotong mengeluarkan air sendiri.






Popular posts from this blog

Cara Cara Mudah buat Pekasam

Cara Cara Mudah Buat Ikan Pekasam  Ikan Pekasam adalah hidangan lauk yang sedap dan menyelerakan. Ia sangat popular terutamanya di bahagian utara negara kita.  Bagi yang minat makan ikan pekasam , sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tidak lah rumit dan susah. Sebenarnya cara membuatnya senang sahaja.  Bahan Bahan 1.  Ikan.  Biasanya orang buat pekasam menggunakan ikan sungai dan ikan sawah.Kalau nak buat menggunakan ikan laut pun boleh. Sebelum nak membuat ikan pekasam pastikan ikan telah dibersihkan dengan sebersih bersihnya.   Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat.  2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh) Sukatan garam ini biasa orang buat, sekilo ikan bersamaan seratus gram garam. 3. Beras.  Beras ni disanga terlebih dahulu  (goreng tanpa guna minyak). Dah siap disanga tumbuk beras sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan ...

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah (1 Ekor Ayam) Dengan izin Allah hujung tahun yang lepas saya telah mencari cari resepi di internet cara untuk memasak ayam masak merah . Setelah membuat beberapa kali saya temui resepi saya sendiri yang sesuai pada tekak saya.  Yana ada membawa resepi ini ke tempat kerjanya dan beberapa orang kawannya memuji keenakan ayam masak merah yang saya buat. Baru baru ini kawan Yana yang mengandung mengidam untuk makan ayam masak merah yang saya buat. Pada masa itu saya rasa agak kembang hidung juga lah kerana saya ini bukanlah tukang masak yang profesional hanya tukang masak belasah belasah je. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat resepi ayam masak merah yang saya ubahsuai sedikit dari resepi dari internet. Bahan Bahan  1 ekor ayam 2 Kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis 2 sudu besar sos cili 250 gram santan pekat (ambil separuh sahaja) 250ml air (agak agak sederhana pekat dan tidak terlalu cair) 1/2 ketul gula melaka Baha...

Tempat Makan Best di Port Dickson: Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Saya berpeluang ke salah satu tempat makan yang dikatakan best dan popular di Port Dickson. Kedai makan ini kelihatan sentiasa mempunyai pelanggan samada siang atau malam. Kedai ini dibuka seawal jam 12.00 tengahari. Hidangan utama mereka ialah Nasi Kukus Ayam Panggang. Ayam Panggang yang menjadi menu utama di sini.  Bergambar selepas menu tiba. Salah satu pandangan hadapan Kedai Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Tempat makan yang popular yang di maksudkan adalah Cowboy Place. Kedai ini terletak di bahu jalan. Ia berada berdekatan dengan Marina Resort Port Dickson.  Selain menu utama yang saya sebut itu ,pelanggan juga boleh memesan pelbagai makanan panas ala carte.  Penilaian Saya tentang Nasi Kukus Ayam Bakar Cowboy Places.  Rasa Masakan: **** Layanan. : *** Harga : **** RM 6/Set (1/4 ayam)  Tempat : ***  Booking.com Harga nasi kukus ayam bakar yang dijual di sini amat berpàtutan dengan saiz hidangan....