Singgah makan kali ini nak berkongsi satu
tempat menarik
yang berkonsepkan hipster.
Cafe yang diberi nama Gaffe&Co Cafe di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran.
Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana ia ia terletak di pinggir jalan MRR2 menghala ke arah Ampang.
Dekorasi atau hiasan dalaman di cafe ini cantik dan unik.
Cafe yang dibina berasaskan beberapa buah badan kontena ini sarat dengan banyak sudut yang menarik untuk dilihat.
Untuk pengunjung muslim kemudahan surau turut disediakan.
Pada waktu malam ada persembahan live band diadakan di kafe ini.