Sarapan nasi pulut ikan belanak masin bersama sambal ikan bilis memang mengancam. Sarapan ini memang favourite saya sejak dulu lagi semasa duduk di kampung. Sekali sekala teringat saya akan memasak pulut bersama sambal ikan bilis tu.
Hari ini isteri saya berhasrat memasak Pajeri Terung. Menggunakan resepi internet sahaja. Bahan-Bahan: 1 biji terung panjang saiz sederhana 2 sudu besar minyak 1 cawan dari 1 paket santan pekat kecil 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air suam bersama gula) 2 sudu besar kerisik Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga) Bahan untuk dikisar halus: 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 cm halia 1 sudu besar udang kering Cara Memasak Potong terung belah dua memanjang kemudian potong bahagi 2 Panaskan minyak di dalam dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari tadi sehingga pecah minyak. Masukkan terung, kacau beberapa ketika. Masukkan santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan rasa gula secukup rasa. Masakan pajeri ini agak manis jadi lebihkan sedikit gula yer..