Skip to main content

Singgah makan di warung mentarang bakar Sekinchan

Akhirnya hasrat hati mahu merasai keenakan mentarang bakar tercapai semasa pulang ke kampung cuti sekolah bulan Jun lepas. Walaupun Sekinchan adalah kampung halaman saya tetapi sebenarnya itulah kali pertama saya merasa mentarang bakar.

Kami singgah di salah satu warung menjual mentarang yang terdapat di pinggir jalan di antara Sekinchan ke Sungai Besar. Layanan yang diberi  oleh tuan punya warung sangat baik. Berkali kali dia meminta maaf kerana kelewatan menyiapkan mentarang bakar tersebut.



Selain daripada menu mentarang bakar di kedai tersebut juga ada menyediakan menu menu lain seperti mentarang goreng tepung, mee goreng, nasi goreng mentarang. Selain memesan mentarang bakar kami juga memesan Mee goreng dan mentarang celup tepung

Harga mentarang goreng tepung dan mentarang bakar ini dikira 
berdasarkan harga sekilo iaitu RM18.00. 

Harga mentarang goreng tepung dan mentarang bakar ini dikira berdasarkan harga sekilo iaitu RM18.00. Jadi janganlah terkejut bil makan yang kami bayar di warung tersebut hampir mencecah RM 50. 

Antara menu yang terdapat di warung ini

1.     Mentarang Bakar
2.     Mentarang Celup Tepung
3.     Nasi Goreng Mentarang
4.     Masakan Ala Carte


Popular posts from this blog

Resepi Pajeri Terung

Hari ini isteri saya berhasrat memasak Pajeri Terung. Menggunakan resepi internet sahaja.   Bahan-Bahan: 1 biji terung panjang saiz sederhana  2 sudu besar minyak 1 cawan dari 1 paket santan pekat kecil  3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air suam bersama gula) 2 sudu besar kerisik Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga) Bahan untuk dikisar halus: 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 cm halia 1 sudu besar udang kering Cara Memasak  Potong terung belah dua  memanjang kemudian potong bahagi 2 Panaskan minyak di dalam dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari tadi sehingga pecah minyak.  Masukkan terung, kacau beberapa ketika. Masukkan santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan rasa gula secukup rasa. Masakan pajeri ini agak manis jadi lebihkan sedikit gula yer.. 

Resepi Sambal Sotong yang mudah dimasak

Sambal Sotong siap sedia untuk dimakan Resepi Sambal Sotong sangat mudah untuk dimasak. Sambal sotong yang sedap bagi saya ialah sambal yang pekat dan manis dan sedikit pedas.  Bahan Bahan Masakan Sambal Sotong Cili Kering-15 tangkai Bawang Besar- 1 labu Asam Keping- 1 keping atau 1 sudu kecil asam jawa Bahan Bahan Perasa (garam,gula ajinamoto) Langkah Memasak Blend Cili kering yang telah dibuang biji bersama 1 labu bawang besar. Hiriskan bawang besar kemudian tumis dengan minyak. Semasa menumis masukkan 1 sudu besar gula, masak sehingga cili betul betul masak. Untuk memastikan cili masak sepenuhnya warna cili agak pekat Masukkan sotong Masak sotong 5-10 minit dengan api yang kecil.  Masukkan garam dan perisa tambahan Semasa memasak sotong sambal tak perlu letakkan air lagi kerana sotong mengeluarkan air sendiri.

Rahsia Cara buat Rempah Kari Terbongkar

Asalamualaikum saya dapat satu resepi di Youtube Channel India tentang cara nak buat rempah kari homemade. Saya catatkan dalam blog ini sebagai rujukan sendiri.Sebenarnya tak cuba buat lagi.Hihi. Biji Ketumbar (2 Sudu Makan) Jintan Putih (2 sudu makan) Jintan Manis (1 sudu teh) Biji Sawi (1 sudu makan) Lada Hitam (1/2 sudu makan) Rempah Kunyit(1-2 sudu makan) Cili Kering  (2 helai cili kering) Daun Kari Kering(1 sudu makan) Langkah Langkah Sanga atas api semua bahan di atas sehingga naik bau (kecuali serbuk kunyit/ daun kari). Blend bahan bahan disanga dengan blender. Gaulkan semua bahan yang telah diblend bersama serbuk kunyit.