Senarai masakan dan harga yang dijual di kedai ini |
Sewaktu
ke Pulau Pinang hujung tahun lepas saya mencari tempat makan yang menarik di
Pulau Pinang berdasarkan carian google. Saya menjumpai beberapa tempat yang
dikatakan sedap makanannya.
Ketika kami datang, restoran ini hampir ditutup, Tidak banyak lagi lauk yang ada banyak yang dah habis. Kedai makan ini ditutup pada jam 12.00 tengahari. Rupa rupanya kedai telah dibuka seawal pagi |
Di
antaranya ialah kedai makan Nasi Kandar Kampung Melayu di Flat Kampung
Melayu Air Itam. Kedai makan ini terletak di bahagian bawah rumah flat di
kawasan tersebut.
Nasi putih lauk kari daging ini dengan limpahan kuah kari di atas nasi membuatkan perut terasa bertambah lapar |
Sewaktu
kami tiba ,kedai sebenarnya hampir ditutup kerana waktu operasi bermula seawal
7 pagi dan berakhir 12 tengahari. Lauk pauk pun sudah tinggal sedikit sahaja. Rasa
nasi kandar di kedai ini agak menyelerakan dengan rasa kari yang pekat dan cukup rasa.
Yana sedang melayan Amani yang teringin juga nak makan nasi kandar |