Membawa bekal makanan semasa perjalanan jauh banyak kelebihan dengan pelbagai juadah makanan,keseronokan makan bersama membuatkan hubungan kekeluargaan bertambah erat. Kebaikan dan kelebihan bawa bekal makanan semasa Perjalanan jauh: Menjimatkan perbelanjaan untuk makanan. Memupuk sikap bekerjasama di antara ahli keluarga. Merapatkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti yang menyeronokkan seolah olah pergi berkelah. Itulah 4 kebaikan yang saya dapati daripada membawa bekal makanan ini. PENGALAMAN MEMBAWA BEKAL SEMASA PERJALANAN JAUH. Kira kira 4 tahun yang lalu (2011) keluarga kami bersama adik beradik ipar duai mengiringi adik ipar (Itah )ke Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) di Gong Badak Kuala Terengganu sempena majlis konvokesyennya. Untuk ke sana sudah tentu banyak juga kos kos yang perlu dis...
Resepi.Restoran.Warung.Cafe