Skip to main content

Kebaikan dan Kelebihan Bawa Bekal Makanan Semasa Perjalanan

Membawa bekal makanan semasa perjalanan jauh banyak kelebihan
dengan pelbagai juadah makanan,keseronokan makan bersama membuatkan
hubungan kekeluargaan bertambah erat. 
                            



Kebaikan dan kelebihan bawa bekal makanan semasa Perjalanan jauh: 
  • Menjimatkan perbelanjaan untuk makanan.
  • Memupuk sikap bekerjasama di antara ahli keluarga.
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan.
  • Aktiviti yang menyeronokkan seolah olah pergi berkelah.

Itulah 4 kebaikan yang saya dapati daripada membawa bekal makanan ini.

PENGALAMAN MEMBAWA BEKAL SEMASA PERJALANAN JAUH.


Kira kira 4 tahun yang lalu (2011) keluarga kami bersama adik beradik ipar duai  mengiringi adik ipar  (Itah )ke Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) di Gong Badak Kuala Terengganu sempena  majlis konvokesyennya.

Untuk ke sana sudah tentu banyak juga kos kos yang perlu disediakan. Antaranya sudah tentu kos minyak ,penginapan, tol hinggalah ke makanan perlu diperuntukkan untuk perjalanan jauh sebegini.





Kak Ngah mencadangkan kami membawa bekal makanan dan bahan makanan mentah kerana kami juga menyewa sebuah rumah penginapan di sana. Rumah rehat itu mempunyai peralatan dapur yang lengkap untuk memasak.


Berpose sebelum makan, selepas itu bergegas kerana kehujanan. 



Anggaran kos untuk makanan jika dibeli di R&R untuk  9 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak tentu sangat membebankan terutamanya harga  makanan di R&R yang biasanya agak mahal berbanding di tempat lain.

Anggaran makan dan minum

Makanan dan minuman  = 
RM 8 (1 orang) x 9(orang)= RM 72

RM 72 tersebut diperuntukkan hanya untuk satu kali makan. Itu belum lagi dikira lagi dengan kos makan malam dan kos makanan ringan.

Malam sebelum ke Terengganu kami sekeluarga telah diberi tanggungjawab masing masing. Keluarga aku menyediakan udang masak sambal dan nasi putih.

Keluarga Kak Ngah dan Abang Nuar  pula di pertanggungjawabkan untuk membuat lauk ayam goreng berempah.

Mak pulak masak daging kicap, ikan pekasam  ,ikan masin, ulam ulaman dan sambal belacan. 

Selain itu mak juga memasak nasi satu periuk kecil dan membawa beras 5kg untuk dimasak di rumah rehat tersebut.

Dengan makanan yang kami bawa tu, rupa-rupanya kami boleh makan sehingga 3 kali, termasuklah boleh dimakan lagi untuk sarapan keesokan pagi sebelum ke konvokesyen.



Persiapan sebelum makan
Darwisy seronok......

gambar konvo Itah...siapakah mamat di belakang tu?

Popular posts from this blog

Cara Cara Mudah buat Pekasam

Cara Cara Mudah Buat Ikan Pekasam  Ikan Pekasam adalah hidangan lauk yang sedap dan menyelerakan. Ia sangat popular terutamanya di bahagian utara negara kita.  Bagi yang minat makan ikan pekasam , sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tidak lah rumit dan susah. Sebenarnya cara membuatnya senang sahaja.  Bahan Bahan 1.  Ikan.  Biasanya orang buat pekasam menggunakan ikan sungai dan ikan sawah.Kalau nak buat menggunakan ikan laut pun boleh. Sebelum nak membuat ikan pekasam pastikan ikan telah dibersihkan dengan sebersih bersihnya.   Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat.  2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh) Sukatan garam ini biasa orang buat, sekilo ikan bersamaan seratus gram garam. 3. Beras.  Beras ni disanga terlebih dahulu  (goreng tanpa guna minyak). Dah siap disanga tumbuk beras sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan ...

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah (1 Ekor Ayam) Dengan izin Allah hujung tahun yang lepas saya telah mencari cari resepi di internet cara untuk memasak ayam masak merah . Setelah membuat beberapa kali saya temui resepi saya sendiri yang sesuai pada tekak saya.  Yana ada membawa resepi ini ke tempat kerjanya dan beberapa orang kawannya memuji keenakan ayam masak merah yang saya buat. Baru baru ini kawan Yana yang mengandung mengidam untuk makan ayam masak merah yang saya buat. Pada masa itu saya rasa agak kembang hidung juga lah kerana saya ini bukanlah tukang masak yang profesional hanya tukang masak belasah belasah je. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat resepi ayam masak merah yang saya ubahsuai sedikit dari resepi dari internet. Bahan Bahan  1 ekor ayam 2 Kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis 2 sudu besar sos cili 250 gram santan pekat (ambil separuh sahaja) 250ml air (agak agak sederhana pekat dan tidak terlalu cair) 1/2 ketul gula melaka Baha...

Rahsia Cara buat Rempah Kari Terbongkar

Asalamualaikum saya dapat satu resepi di Youtube Channel India tentang cara nak buat rempah kari homemade. Saya catatkan dalam blog ini sebagai rujukan sendiri.Sebenarnya tak cuba buat lagi.Hihi. Biji Ketumbar (2 Sudu Makan) Jintan Putih (2 sudu makan) Jintan Manis (1 sudu teh) Biji Sawi (1 sudu makan) Lada Hitam (1/2 sudu makan) Rempah Kunyit(1-2 sudu makan) Cili Kering  (2 helai cili kering) Daun Kari Kering(1 sudu makan) Langkah Langkah Sanga atas api semua bahan di atas sehingga naik bau (kecuali serbuk kunyit/ daun kari). Blend bahan bahan disanga dengan blender. Gaulkan semua bahan yang telah diblend bersama serbuk kunyit.