Skip to main content

Tempat Makan Best di Pulau Pinang : Nasi Kandar Kampung Melayu

Senarai masakan dan harga yang dijual di kedai ini
Sewaktu ke Pulau Pinang hujung tahun lepas saya mencari tempat makan yang menarik di Pulau Pinang berdasarkan carian google. Saya menjumpai beberapa tempat yang dikatakan sedap makanannya. 

Ketika kami datang, restoran ini hampir ditutup,
Tidak banyak lagi lauk yang ada banyak yang dah habis.
Kedai makan ini ditutup pada jam 12.00 tengahari.
Rupa rupanya kedai telah  dibuka seawal pagi

Di antaranya ialah kedai makan Nasi Kandar Kampung Melayu di  Flat Kampung Melayu Air Itam. Kedai makan ini terletak di bahagian bawah rumah flat di kawasan tersebut. 




Nasi putih lauk kari daging ini dengan limpahan kuah kari
di atas nasi membuatkan perut terasa bertambah lapar

Sewaktu kami tiba ,kedai sebenarnya hampir ditutup kerana waktu operasi bermula seawal 7 pagi dan berakhir 12 tengahari. Lauk pauk pun sudah tinggal sedikit sahaja. Rasa nasi kandar di kedai ini agak menyelerakan dengan rasa kari yang pekat dan cukup rasa. 


Yana sedang melayan Amani yang teringin juga
nak makan nasi kandar





Popular posts from this blog

Rahsia Cara buat Rempah Kari Terbongkar

Asalamualaikum saya dapat satu resepi di Youtube Channel India tentang cara nak buat rempah kari homemade. Saya catatkan dalam blog ini sebagai rujukan sendiri.Sebenarnya tak cuba buat lagi.Hihi. Biji Ketumbar (2 Sudu Makan) Jintan Putih (2 sudu makan) Jintan Manis (1 sudu teh) Biji Sawi (1 sudu makan) Lada Hitam (1/2 sudu makan) Rempah Kunyit(1-2 sudu makan) Cili Kering  (2 helai cili kering) Daun Kari Kering(1 sudu makan) Langkah Langkah Sanga atas api semua bahan di atas sehingga naik bau (kecuali serbuk kunyit/ daun kari). Blend bahan bahan disanga dengan blender. Gaulkan semua bahan yang telah diblend bersama serbuk kunyit.

Buat Seri Kaya Homemade

Buat seri kaya homemade senang tak payah beli dah. Lepas tu boleh adjust nak manis ke nak manis yang seadanya. Aku nak share la cara nak buatnya.Tak adalah susah mana.Senang sangat. Ok bahan bahannya aku ada tulis kat bawah. Bahan bahan nak buat Seri Kaya Homemade Gula 1 cawan (nak buat gula karamel) Air panas 1 cawan. Langkah 1 Masak atas api sampai keperangan tutup api. Masukkan 1 cawan air panas.Buka api semula Masak sebati dan  cair elok.tutup api.L Langkah 2. Blend 3 biji telur bersama 1 cawan gula pasir bubuh  sesudu kecil vanila essen dan sedikit garam untuk bagi rasa lemak. Langkah 3 Bancuh 200ml santan kotak bersama 3 sudu besar tepung jagung. Campur kesemua bahan di atas dan masak dengan api perlahan.. #resepiYAW

Resepi Kuah Pecal yang Mudah

Sambal pecal masakan yang sangat disukai arwah mak saya.Sangat kerap arwah buat sambal pecal dan saya lah yang akan tukang tumbuk di lesung batu. Mak lebih suka menggunakan lesung batu berbanding blender. Bulan puasa tahun ini tiba tiba teringat nak buat pecal. Pecal ini bahan asasnya adalah kacang dan ada yang kata kacang ni makanan berangin. Malah tak elok untuk pesakit Gout. Saya pedulikan sebab teringat nak makan.Haha Bahan bahan Kuah Pecal (5 orang makan) Bahan A Kacang Tanah 1 mangkuk kecil Cili Kering 10 helai Halia 1 inci Bawang Besar (1 labu) Cekur (1 helai) Asam Jawa (1 sudu kecil) Gula (3 sudu) Garam secukup rasa Langkah Langkah Memasak Sanga bahan bahan A Tumbuk atau kisar hingga halus bahan A Masukkan gula,garam Masukan asam jawa Masukkan air panas sedikit demi sedikit (jangan terlalu cair atau terlalu pekat) Bahan bahan sayur Tauge Kacang panjang Tempe/tauhu yang digoreng timun dan lain lain sayur y...