Visual dari dalam kedai Pak Ya Chinese Food Pandan Indah Saya dan Yana sebenarnya belum pernah menikmati masakan cina muslim. Dah lama saya berangan angan untuk menikmati masakan cina ini. Akhirnya hasrat itu tertunai. Berdasarkan pencarian di google sebuah kedai makan Cina Muslim yang diberi nama Pak Ya Chinese Food menjadi sasaran hari itu. Pak Ya Chinese Food terletak di Pandan Indah Ampang Selangor. Simpang masuk ke kedai ini bertentangan dengan Kompleks Membeli Belah Ampang One Avenue . Dari jalan masuk ini ke kedai tersebut saya anggarkan tidak sampai 1 km. Ia terletak di bahu jalan sahaja berdekatan dengan pusat perniagaan di situ. Semasa mahu memesan masakan di kedai itu saya dan Yana sebenarnya tidak tahu untuk memilih . Nama masakan pun kami tak pernah dengar. Akhirnya saya bertanya dengan pelayan untuk bertanya masakan masakan tu. Akhirnya saya meminta pelaya...
Resepi.Restoran.Warung.Cafe